fbpx

PN tekad kerja kuat perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengiktiraf kejayaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik Covid-19 dengan baik dan berkesan.

Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, PN juga menjunjung kasih atas keyakinan Yang di-Pertuan Agong terhadap pelaksanaan kebijakan dan tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Persekutuan demi melindungi kesihatan rakyat, memelihara kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat serta mencerdaskan ekonomi negara.

“PN bertekad untuk terus bekerja kuat bersama-sama rakyat dan barisan hadapan negara bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntas memberikan kepimpinan dan berganding bahu bersama- sama pakar kesihatan dan ekonomi serta pasukan keselamatan untuk mencerakinkan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani wabak ini secara holistik,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Azmin berkata, PN menyambut baik semangat solidariti parti-parti komponen iaitu Pas, STAR dan SAPP serta Ahli-Ahli Parlimen UMNO, MCA, MIC, PBRS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mendukung kerajaan PN.

“Perikatan Nasional menyeru semua pihak khususnya pemimpin politik merentasi segenap batas perbezaan untuk segera mendakap kesatuan bersama rakyat demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” jelasnya. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI