fbpx

Pemain perlu tampar muka sendiri – Pirlo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO berang dengan persembahan anak-anak buahnya yang seri 1-1 menentang Verona pada aksi Serie A awal pagi semalam.

TURIN – Pengendali Juventus, Andrea Pirlo naik angin dengan persembahan hambar anak-anak buah selepas sekadar seri 1-1 ketika melayan kunjungan pasukan Verona kelmarin.

Pirlo mendakwa pasukannya itu gagal beraksi baik dan hanya dilihat bekerja keras selepas Verona meledak gol pada minit ke-60 menerusi Andrea Favilli.

Juventus yang tidak menang dalam dua aksi berturut-turut sebelum ini sekadar membuat satu percubaan tepat pada pertengahan babak pertama dan meraih gol penyamaan pada minit ke-77 menerusi Dejan Kulusevski.

“Saya akui persembahan di babak pertama kami tidak cukup agresif. Saya lihat mereka hanya menanti serangan Verona dan mereka memperoleh gol pada pertengahan perlawanan.

“Tersentak dengan keadaan itu barulah pemain bekerja keras untuk mencari gol penyamaan selepas ketinggalan. Bagi saya mereka perlu menampar muka sendiri untuk kembali bangkit.

“Jika beraksi menentang Verona atau Atalanta, ia bukan satu tugas mudah kerana pasukan itu cuba membuka ruang seba­nyak mungkin untuk memberi tekanan di bahagian hadapan.

“Kami bekerjasama untuk menghindari tekanan mereka dan saya nampak persembahan lebih baik pada separuh masa kedua. Sangat sukar untuk menentang mereka, namun kami berjaya juga melakukannya dengan lebih baik,” kata Pirlo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI