fbpx

Payal Ghosh dakwa diperkosa pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAYAL GHOSH

AKTRES Payal Ghosh mengaku telah menjadi mangsa serangan seksual oleh pengarah, Anurag Kashyap.

Lebih parah lagi, pelakon itu turut menuduh Anurag memperkosa dirinya. Dia juga membuat laporan polis terhadap pengarah itu.

“Anak guam saya, Payal Ghosh memberitahu jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap Anurag, dia (Payal) akan melakukan mogok lapar,” ujar peguam yang mewakili aktres itu,

Menurut palakon yang popular menerusi filem Patel Ki Punjabi Shaadi, walaupun laporan polis telah dibuat, namun belum ada sebarang tindakan diambil terhadap pengarah berusia 48 tahun itu.

Sebelum ini terdapat sebuah artikel menyebut, selepas Payal membuat laporan polis ke atas Anurag, pengarah itu naik berang dan mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sangat teruk dan tidak berasas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI