fbpx

Pasar Ikan, Pasar Besar Kota Kinabalu tutup tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar ini ditutup selama tiga hari bagi proses sanitasi.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pasar Besar Kota Kinabalu bakal ditutup selama tiga hari bermuka esok bagi pelaksanaan proses
sanitasi sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, aktiviti sanitasi berkenaan meliputi kawasan pasar besar dan pasar ikan.

“Semua peniaga sudah dimaklumkan berkautan perkara ini.

“Kebanyakan mereka juga menyambut baik serta menyokong usaha yang dilakuian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terbabit.

“Makluman penutupan pasar selama tiga hari turut sudah dimaklumkan kepada semua pihak terlibat sejak beberapa hari lalu.

“Proses sanitasi akan diketuai oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Nordin berkata, langkah seumpama itu perlu diambil ekoran pasar adalah tumpuan orang awam dan peniaga setempat.

Sementara itu, beberapa peniaga yang ditemui turut bersetuju dengan tindakan itu dan menyokong penuh proses sanitasi yang akan dijalankan di pasar berkenaan.

Salah seorang peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu, Badrul Limis, 30, berkata, walaupun pendapatan mereka bergantung kepada perniagaan di pasar berkenaan namun mereka percaya aspek kesihatan perlu diutamakan khususnya ketika pandemik Covid-19.

“Pendapatan peniaga di sini sememangnya amat terjejas sejak beberapa bulan lalu namun kita tiada pilihan selain memastikan tempat yang menjadi tumpuan ramai ini sentiasa bebas dari jangkitan Covid-19.

“Kita harap penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dalam masa terdekat supaya aktiviti di pasar ini kembali normal seperti sediakala sebelum ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI