fbpx

Mangsa-mangsa insiden Dayang Topaz selamat tiba di Jeti Pelabuhan Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA-mangsa insiden Dayang Topaz tiba di Jeti Pelabuhan Miri menaiki Kapal Ekspres 70 pukul 2.30 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Mangsa-mangsa insiden MV Dayang Topaz selamat tiba di Jeti Pelabuhan Miri.

Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat Dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander (M) Dr. Suzanna Razali Chan berkata kesemua yang selamat telah menjalani saringan Covid-19 seterusnya menerima rawatan susulan oleh petugas kesihatan pukul 2.30 petang tadi.

“Setakat ini sejumlah kru selamat yang telah berada di jeti ialah seramai 46 orang manakala selebihnya masih berada di kapal-kapal lain dalam aturan merapat ke pelabuhan.

“Bagi dakwaan yang tular melaporkan terdapat seorang lagi mangsa meninggal dunia, ketika ini ia masih belum disahkan dan pesawat udara Petronas sedang diatur gerak ke pelantar Baram B bagi proses pengesahan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan pihak polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, MRCC Putrajaya melaporkan MV Dayang Topaz berada di kawasan bersauh lebih kurang empat batu nautika dari Kuala Sungai Miri dan menanti kapal lain untuk merapat bagi tujuan memindahkan kru ke darat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI