fbpx

Kerajaan tiada kuasa halang PRK Batu Sapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Kerajaan tidak boleh menentukan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi boleh dilangsungkan atau tidak.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pilihan raya terletak di tangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa 60 hari apabila berlaku kekosongan satu-satu kerusi Parlimen akibat kematian atau pembubaran.

“Jadi ini bukan kuasa kerajaan sama ada diteruskan atau tidak. Di Sabah misalnya, apabila berlaku pembubaran Dewan Negeri, ia bukan kuasa kerajaan untuk menentukan pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan hari ini.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan meneruskan PRK Batu Sapi berikutan peningkatan kes Covid-19 di Sabah dengan mendadak.

Justeru, pilihan raya mesti diteruskan apabila ditentukan SPR.

“Bagaimanapun, kita faham ketakutan rakyat di Batu Sapi. Saya difahamkan mereka (pengundi) cemas, takut hendak keluar mengundi. Petugas-petugas pilihan raya pun tak berani tak bertugas.

“Kita akan memanggil SPR, saya percaya esok atau lusa, untuk membentangkan prosedur operasi standard yang ketat bagi menjamin kesihatan penduduk-penduduk untuk keluar mengundi,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI