fbpx

Hajiji angkat sumpah sebagai ADUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji mengangkat sumpah sebagai ADUN hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Kadzim M. Yahya di dewan mesyuarat bangunan DUN Sabah.

Turut mengangkat sumpah selaku ADUN hari ini adalah ADUN Sulabayan yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Jaujan Sambakong selain dua ADUN Dilantik iaitu Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan Timbalan Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Amisah Yassin.

Hajiji sebelum ini adalah antara lima ADUN yang tidak hadir pada sidang khas DUN Sabah bagi upacara mengangkat sumpah ADUN pada 9 Oktober lalu.

Beliau ketika itu dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri sebelum disahkan positif Covid-19.

Ketua Badan Pimpinan Partj Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19 pada 18 Oktober lalu dan dibenarkan keluar daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Dalam pada itu, turut menyaksikan angkat sumpah itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dan Setiausaha DUN Sabah, Shafaruddin Halide. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI