fbpx

Beli Mercedes-Benz, Haqiem Rusli nafi bayar secara tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem menafikan dia membeli kereta mewah tersebut secara tunai.

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun membeli kereta pertama iaitu jenis Mitsubishi Lancer, penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi menarik perhatian apabila membeli sebuah lagi kereta mewah model Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000 baru-baru ini.

Jika kereta pertama dibeli secara tunai, kali ini, Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, membeli kenderaan tersebut secara ansuran bulanan.

“Ini kereta impian saya. Saya pun sudah bekerja sebagai seorang penyanyi sejak berusia 10 tahun. Jadi, kereta ini adalah ganjaran hasil titik peluh saya dalam industri.

“Saya tidak beli kereta ini secara tunai sebaliknya bayar ansuran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Pelantun lagu Lembah Kesepian itu berkata, tujuannya berkongsi beberapa keping foto menerusi Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar memberi inspirasi kepada golongan muda.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada yang mengecam sebaliknya ramai yang memberi kata-kata positif kepada saya.

“Saya tidak berniat untuk tayang kemewahan. Saya ingin membuktikan bahawa anak muda juga boleh berjaya jika kita sentiasa berusaha,” ujar Haqiem.

Ditanya Kosmo! Online jika tindakan berkongsi kemewahan kepada umum akan mengundang perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Haqiem berkata, dia tidak berasa bimbang kerana telah menjalankan tanggungjawab membayar cukai sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak pernah culas membayar cukai dan sudah pun mengisytiharkan cukai pendapatan sejak dua tahun lalu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI