fbpx

Alvin berjaya diberkas di Pahang pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah memberkas ketua sindiket Macau Scam dan judi online Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Alvin selepas 15 hari menjadi buruan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan bersama-sama seorang wanita di sebuah hotel di Pahang hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu, suspek ditahan kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Katanya, Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan kes Macau Scam.

Lelaki terbabit, dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953 kerana terlibat penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurutnya, alamat terakhir suspek adalah di Blok 25b2-5-8, Miharja Condo, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI