fbpx

Akad nikah di KL dan Putrajaya dibenarkan mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI

KUALA LUMPUR – Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Katanya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebooknya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI