fbpx

71 surau di Kuala Lumpur, Putrajaya boleh solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sejumlah 71 buah surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat dalam tempoh PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,  jumlah maksimum adalah 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal dan ia bergantung kepada keluasan surau.

“Jumlah surau ini akan ditambah dari semasa ke semasa, berdasarkan kelulusan Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan,” katanya di laman Facebook di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan melalui pihak berkuasa agama negeri sentiasa berusaha memenuhi hasrat umat Islam terutamanya berkaitan syiar agama seperti solat Jumaat.

“Begitu juga urusan akad nikah yang menjadi kelaziman yang boleh disegerakan dan dipermudahkan, dengan syarat mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” kata Zulkifli. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI