fbpx

Premis di Ipoh wajib kibar bendera pada Hari Keputeraan Sultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

IPOH – Tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pemilik premis yang tidak mengibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang akan disambut pada 6 November nanti.

Pengibaran bendera negeri Perak di premis masing-masing adalah sebagai lambang taat setia kepada Raja pemerintah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, semua bangunan dan agensi kerajaan, premis-premis perniagaan serta persendirian di seluruh negeri diwajibkan mengibarkan bendera negeri pada tarikh tersebut.

Katanya, bangunan-bangunan kerajaan dan premis perniagaan juga digalakkan menyalakan lampu di bangunan masing-masing sehingga pukul 12 tengah malam pada malam 5 November.

“Tindakan kompaun akan diambil oleh pihak MBI terhadap pemilik premis perniagaan yang tidak mematuhi arahan mengibarkan bendera negeri Perak di premis masing-masing.

“Ia adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh MBI setelah usaha menasihati gagal diikuti oleh pemilik premis perniagaan di Bandaraya Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rumaizi, pengibaran bendera negeri Perak juga adalah bagi menceriakan suasana sambutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI