KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan selama 14 hari lagi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira pernilaian risiko penularan wabak Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Penilaian risiko oleh KKM mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi penularan Covid-19 di Kuala Lumpur, Selangor dan Putraya.
“Mengambil kira risiko tersebut, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mulai 27 Oktober hingga 9 November 2020.
“Prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti yang pernah diumumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media hari ini. – K! ONLINE