fbpx

Permohonan bantuan peniaga mikro sebelum 31 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Peniaga-peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima Geran Khas Prihatin (GKP) diingatkan untuk membuat permohonan segera sebelum 31 Oktober ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi satu kenyataan berkata, bantuan one-off bernilai RM3,000 itu boleh dimohon secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.

“Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas, kerajaan bersetuju membuka semula permohonan GKP bermula 1 hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran dijangka dibuat pada 25 November depan.

“Untuk itu, pemohon boleh menyemak status permohonan mereka mulai 15 November 2020 selain boleh layari portal rasmi GKP untuk muat turut syarat permohonan serta pertanyaan soalan lazim,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, GKP diperkenalkak oleh kerajaan melalui pakej Prihatin PKS Tambahan bagi membantu peniaga-peniaga mikro yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

Permohonan GKP sebelum ini telah memanfaatkan sebanyak 545,000 peniaga mikro seluruh negara dengan nilai bantuan sebanyak RM1.63 bilion. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI