fbpx

Institusi pendidikan di Lembah Klang terus tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,461 buah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terus ditutup sehingga 9 November depan.

Keputusan itu selaras dengan pengumuman pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai esok hingga 9 September oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

KPM dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu membabitkan tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Justeru ini, katanya, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal www.moe.gov.my.

Kosmo! 13 Oktober lalu melaporkan, seramai 1.7 juta murid dan pelajar terlibat dalam penutupan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan pelaksanaan PKPB dari 13 Oktober hingga hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI