fbpx

Malaysia sambut baik wujudkan ekonomi kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin

PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik usaha global untuk mengangkat kepentingan ekonomi kreatif bagi pembangunan sejagat seiring dengan visi negara bagi mewujudkan ekonomi kreatif yang mampan dan berdaya maju.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia mengakui akan kepentingan ekonomi kreatif yang mendorong kepada pertumbuhan ekonomi berterusan di samping memupuk inovasi dan memberi peluang, faedah dan pemerkasaan untuk semua hak asasi manusia.

Menurutnya, jika dilihat sekitar setengah juta orang bekerja dalam industri kreatif di negara dengan kebanyakan tenaga kerja adalah dalam kalangan golongan muda.

“Malah, dari segi pendapatan tahunan, ekonomi kreatif daripada sektor budaya dan kreatif telah menyumbang pendapatan tahunan sebanyak RM 9.34 trilion dan eksport global lebih daripada RM1.04 trilion.

“Ia jelas meramalkan bahawa sektor-sektor ini akan menjana sekitar 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Justeru itu katanya, potensi sektor tersebut untuk pertumbuhan dan keupayaan untuk perubahan dan inovasi sangat besar selain akan menghasilkan peningkatan termasuk dari segi jumlah peluang pekerjaan di negara, sekali gus dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran.

Beliau berkata demikian pada Forum ‘Malaysia’s Adoption of the United Nations International Year on Creative Economy for Sustainable Development 2021’ yang diadakan secara maya menerusi Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Suriani Ahmad; Pengerusi MyCreative Ventures, Naguib Razak dan Penyelaras Residen Persatuan Bangsa –Bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia, Singapura dan Negara Brunei Darussalam, Stefan Priesner. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI