fbpx

Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

KUALA LUMPUR- Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula dilihat meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.50 petang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin merupakan Ahli Parlimen pertama yang keluar diikuti Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Bekas Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai pandangan diambil kira semasa mesyuarat petang tadi.

“Macam-macam pandangan, tapi yang penting keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI