fbpx

Cinta terlerai, Nonny, Niezam batal perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nonny tidak mendedahkan punca pembatalan rancangan majlis perkahwinannya bersama Niezam.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nonny Nadirah mengesahkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasihnya, Niezam Zaidi telah dibatalkan.

Perkara tersebut dikongsi Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 30, menerusi satu hantaran dalam Instagramnya tengah malam tadi.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

“Satu sahaja kami minta, tolong doakan kebahagiaan dan dapat jodoh yang baik buat masing-masing. Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi Allah SWT sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nonnny tidak mendedahkan punca pembatalan majlis perkahwinannya.

Tambah Nonny, dia juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen tentang perkara tersebut.

“Kepada rakan media, maaf saya tidak dapat nak hubungi anda semua semula.

“Hanya ini sahaja komen daripada saya ketika ini. Harap semua faham,” ujarnya.

Menerusi hantaran tersebut, Nonny turut memuat naik video dan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Niezam.

Dia juga menulis panggilan buat Niezam sebagai ‘sahabat’ dan mendoakan jejaka tersebut dikurniakan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

Terdahulu, pada September lalu, Nonny pernah mendedahkan dia dan Niezam sudah selesai menjalani kursus pra-perkahwinan sekali gus memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI