KUALA LUMPUR – Peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, Yantzen membuat kejutan apabila tidak munculkan diri untuk membuat persembahan kerana masalah kesihatan.
Justeru itu, GGV 7 yang memasuki minggu ketiga harini diumumkan tiada penyingkiran sekali gus semua peserta mara ke saingan minggu keempat.
Yantzen sepatutnya membawakan lagu asal daripada kumpulan Bunkface, Malam Ini Kita Punya.
Tema pada minggu hadapan ialah Lagu-Lagu Berhantu. – K! ONLINE