fbpx

Tiada keperluan isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berpandangan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat disebabkan ancaman pandemik Covid-19 ketika ini.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata, bagaimanapun Sabah sangat memerlukan pertolongan untuk melawan wabak tersebut pada waktu ini.

“Kawasan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula masih terkawal, namun pendekatan sedia ada perlu ditambah baik.

“Bantuan kewangan yang besar dan segera daripada Kerajaan Persekutuan diperlukan untuk mengawal keadaan Covid-19 di
Sabah atau sistem penjagaan kesihatan di negeri itu boleh runtuh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI