fbpx

Sebanyak 404 kompaun dikeluarkan sepanjang PKPB di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habibi (kanan) ketika melakukan tinjauan di perumahan kakitangan Penjara Kepayan.

KOTA KINABALU – Sebanyak 404 kompaun dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan 13 Oktober lalu.

Jumlah berkenaan termasuklah seramai 23 individu yang diambil tindakan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, antara kesalahan yang dikesan termasuklah tidak memakai pelitup muka selain berkumpul dengan tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

“Semua kesalahan ini dikesan dalam operasi pemantauan oleh pasukan khas yang ditubuhkan terdiri dari seorang pegawai dan lima anggota membabitkan sembilan kawasan pentadbiran IPD Kota Kinabalu.

“Langkah ini diambil bagi memastikan tiada penularan berterusan wabak Covod-19 sekaligus mewujudkan kluster baharu.

“Jumlah kes positif di Kota Kinabalu termasuklah melibatkan kluster Penjara Kepayan juga semakin membimbangkan.

” Seperti dilaporkan semalam, jumlah positif di Kota Kinabalu mencecah seramai 557 orang dan 434 daripada adalah daripada kluster Penjara Kepayan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di perumahan kakitangan Penjara Kepayan sebentar tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penjara Sabah, Nora Musa.

Dalam pada itu, Habibi berkata, pihak polis sudah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Kota Kinabalu serta agensi berkaitan untuk mengelakkan kewujudan kluster baharu.

Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk penguatkuasaan PKPB di seluruh daerah ini dan PKPD di Penjara Kepayan.

Sementara itu, mengulas mengenai kluster Penjara Kepayan, Habibi berkata, polis bekerjasama dengan pihak Penjara Kepayan untuk memperketatkan keluar masuk di pusat berkenaan serta kuarters perumahan pegawai dan anggota penjara.

“Menurut rekod, seramai 1,153 banduan termasuk 12 kakitangam penjara disahkan positif Covid-19 sejak PKPD dikuatkuasakan di Penjara Kepayan pada 21 Oktober lalu.

“Susulan itu, dua lokasi iaitu penjara dan kuaters perumahan kakitangan dipantau secara ketat bagi memastikan penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya.

“Bagaimanapun, hanya kakitangan bertugas saja yang dibenarkan bergerak keluar masuk ketika ini, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI