KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja berakhir setelah hampir tiga jam ia berlangsung di Istana Negara di sini petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu bermula kira-kira pukul 2.30 petang tadi.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadi Raja Melayu pertama yang dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara sebelum diikuti Raja-Raja Melayu yang lain.
Tiada sebarang maklumat berkenaan mesyuarat itu didedahkan kepada umum setakat ini. – K! ONLINE