fbpx

Pasukan Data CPRC mohon doa rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,228 kes positif Covid-19 terpaksa dianalisis oleh Pasukan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) sekaligus menjadikan ia jumlah terbanyak dianalisis dalam sejarah pasukan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook sempat berkongsi perit jerih pasukan Data CPRC khususnya dalam memproses jumlah tertinggi kes positif Covid-19

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dirahmati,” katanya.

Sementara itu, Dr. Fadly Khairie dari Pasukan Data CPRC berkata, semalam adalah hari yang panjang bagi pasukannya terutama dalam mengendalikan data 1,228 kes, 107 kluster aktif dan tujuh kematian.

“Setiap data adalah nyawa. Sejak bermulanya gelombang ketiga, kita sudah memulakan persediaan untuk menganalisis bilangan kes mencecah tiga angka dan bilangan kluster yang semakin bertambah.

“Penambahan bilangan tenaga kerja, proses kerja yang lebih efisien, analisis data yang lebih komprehensif, ruang kerja yang besar dan selesa.

“Semua ini supaya koordinasi team data dan team kluster yang lebih mudah dan bersedia menghadapi keperluan untuk analisis data yang besar dalam masa singkat,” katanya.

Katanya, dia memohon kepada rakyat di luar sana supaya mendoakan agar pasukannya terus kuat untuk meneruskan tugas tersebut.

Fadly berkata, dia pasti apa yang dilakukan kini dapat membantu kerajaan membuat keputusan lebih baik untuk menghalang penularan wabak Covid-19.

“Perjalanan masih jauh. Teruskan melangkah. Teruskan berjuang. Putus asa bukanlah satu pilihan. Bukan simpati yang kami pinta cuma doakan kami semua terus kuat dan urusan kami semua dipermudahkan.

“Kebajikan kami masih dijaga jangan risau. Sarapan pagi, makan malam, disediakan memandangkan kerja-kerja analisa berlanjutan hingga ke larut malam,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI