PETALING JAYA -Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara dijangka selesai bermesyuarat kira-kira pukul 5 petang ini.
Sebentar tadi Mesyuarat Khas itu difahamkan mula bersidang pada pukul 2.30 petang.
Sejak pukul 1.30 petang tadi Raja-Raja Melayu memasuki Istana Negara untuk bermesyuarat susulan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz, Kuantan Jumaat lalu.