fbpx

Jangkaan tinggi punca Auba dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG berdepan masalah ketajaman penyudah apabila sekadar menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan setakat ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui tidak terkejut jika diajukan pertanyaan mengenai prestasi penyerang­nya, Pierre-Emerick Aubame­yang (Auba) yang kurang tajam sejak kebelakangan ini.

Aubameyang beraksi sebagai penyerang di sebelah kiri di bawah kendalian Arteta biarpun posisi kegemarannya adalah sebagai penyerang tengah sepanjang dua tahun setengah berada di Emirates.

Pada musim lalu, secara purata Aubameyang berjaya meledak jaringan setiap 128 minit tetapi musim ini dia hanya mampu­ mencipta satu jaringan pada setiap 450 minit iaitu sekadar menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

“Selalu ada pertanyaan me­ngenai bila dia akan menjaringkan gol. Kenapa dia tidak bertindak sebagai pemain ‘No.9’? Saya sedar mengenai pertanyaan se­perti itu.

“Jangkaan yang selalu di­letakkan kepada Aubameyang adalah dia perlu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Ia adalah perkara biasa apabila anda bercakap mengenai seorang pemain yang hebat sepertinya.

“Apa yang telah dilakukan sebelum ini menyebabkan orang mengharapkan perkara sama berlaku pada setiap masa. Apabila dia tidak menepati kehendak jangkaan itu, maka dia terpaksa menerima kritikan.

“Dia perlu bijak mengendali­kan kritikan dan kami di Arsenal sentiasa memberikan sokongan untuk dia berdepan waktu sukar seperti ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI