fbpx

Gempar ‘membeli-belah’ tunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang menunggang motosikal di dalam sebuah pasar raya di Sungai Besar, semalam.

SABAK BERNAM – Pengunjung sebuah pasar raya di sini gempar apabila seorang lelaki menunggang motosikal di dalam premis berkenaan di Sungai Besar, semalam.

Aksi lelaki itu tular menerusi video berdurasi 14 saat di laman sosial Facebook dengan menunggang motosikal sambil membunyikan hon yang dikatakan berlaku pukul 11 pagi.

Gelagat tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyatakan lelaki tersebut melakukan pembelian secara pandu lalu.

“Wujudlah bisnes baru, drive thru (pandu lalu) pasar borong, drive thru kedai am, pasti menarik,” kata pengguna Facebook menggunakan nama Low Tai Seng.

Pengguna lain laman itu dengan nama Puan Zura bagaimanapun dilihat memuji tindakan penunggang yang tetap mengutamakan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) walaupun dikatakan mempunyai masalah mental.

“Dia ada masalah mental pun masih patuh sop. Pakai mask (pelitup muka) apabila keluar rumah.

“Yang tidak ada masalah mental, langgar sop, tidak pakai mask, tidak kuarantinkan diri. Menyusahkan orang lain,” jelasnya.

Seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pasar raya itu, Amirul Asyraf Ibrahim, 20, memberitahu melihat seorang penunggang motosikal melalui laluan keluar keluar pasar raya sambil dikejar pengawal keselamatan.

“Saya difahamkan lelaki itu mempunyai masalah mental namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias menegaskan, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI