fbpx

Bendera Johor dikibar separuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Pengiran Muda Haji 'Abdul Azim yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda semalam.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri hari ini mengibarkan bendera Johor separuh tiang bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim pagi semalam.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohd Noh Ibrahim menerusi satu kenyataan semalam.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bendera Johor dan bendera daerah hendaklah dikibarkan separuh tiang pada Ahad, 25 Oktober.

“Ia bagi menghormati kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rakyat Brunei semalam dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan Pengiran Muda Abdul Azim.

Putera berusia 38 tahun itu mangkat pada pukul 10.08 pagi semalam waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI