fbpx

Seorang meninggal, tiga cedera kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar pokok di Jalan Syed Putra, di sini petang tadi.

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki berusia 41 tahun meninggal selepas kereta yang dinaikinya kemalangan selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok berhampiran sebuah tadika kemas di Jalan Syed Putra di sini petang tadi.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan II Hisham Hamzan berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Katanya, Pasukan operasi jentera dari Balai Bomba Hang Tuah tiba di lokasi selepas menerima panggilan pukul 5.17 petang bersama sebuah jentera FRT dan EMRS.

“Pemandu dan penumpang kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba. Pemandu kereta berkenaan, seorang wanita berumur 43 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantarke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.

“Manakala penumpang kereta terbabit, seorang lelaki berumur 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua orang mangsa lagi, penunggang dan pembonceng motosikal pula mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI