fbpx

Selangor Berselawat Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Selangor Berselawat akan diadakan pada Rabu depan.

SHAH ALAM – Program Selangor Berselawat sempena sambutan Maulidur Rasul 1442H akan diadakan secara serentak di seluruh masjid dan surau di negeri ini, Rabu depan

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, program itu turut disiarkan secara langsung dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Katanya, atur cara program akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, berselawat dan ceramah agama.

“Sehubungan itu, pentadbir masjid atau surau dengan jumlah terhad yang ditentukan di Zon Hijau (Daerah Sabak Bernam), Zon Kuning dan Zon Merah serta semua umat Islam di kediaman masing-masing diminta menunaikan solat Maghrib tepat pada waktunya.

“Pada pukul 7.30 malam, bacaan selawat dan munajat akan dimulakan dengan dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum diteruskan dengan ceramah agama khas sempena Maulidur Rasul,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Shahzihan, orang ramai boleh mengikuti dan menghayati ceramah khas secara langsung menerusi pautan laman sosial Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di www.facebook.com/masjidssaas.

“Selain itu, teks selawat dan munajat juga boleh dimuat turun menerusi laman sesawang www.jais.gov.my atau emasjid.jais.gov.my,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap program dapat terus menyemai rasa kecintaan umat Islam kepada Rasulullah S.A.W..

“Selain itu, kita bersama memohon petunjuk kepada Allah S.W.T untuk membantu menghadapi musibah wabak yang sedang melanda negara dan negeri ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI