fbpx

PKPD di dua kawasan di Tawau, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman
Semarak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Balung di Tawau, Sabah berkuat kuasa Isnin ini sehingga 8 November depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kedua-dua kawasan ini akan melibatkan 4,266 buah rumah dengan jumlah penduduk kira-kira 21,470.

Menurutnya, dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan antaranya, semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar dari zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini dan kelonggaran diberikan kepada kedai runcit untuk beroperasi namun dihadkan dari pukul 6 pagi hingga pukul 6 petang,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, aktiviti sukan, rekreasi, sosial serta budaya adalah tidak dibenarkan dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk yang terlibat.

“Bekalan makanan bagi yang memerlukan akan diagihkan oleh kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa
tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat,”ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI