fbpx

Pemain tentukan nasib Zidane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIDANE berbangga dengan kebangkitan dan semangat para pemain ketika Real seri 2-2 dengan Monchengladbach pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mahu pasukannya kekal tenang de­ngan tekanan yang dialami ketika ini menjelang pertemuan El Clasico bertemu Barcelona dalam aksi La Liga di Camp Nou malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Galacticos ketika ini bergelut dengan prestasi selepas me­ngalami kekalahan kedua berturut-turut, selain kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama seperti Sergio Ramos, Dani Carvajal dan Eden Hazard.

Susulan itu, masa depan Zidane bersama Real menjadi tanda tanya tetapi pengendali kelahiran Perancis itu tidak mahu tumpuannya dan pasukan terjejas selain menyeru penyokong untuk terus menjadi tulang belakang pasukan.

“Saya tidak mahu fokus pasukan terjejas dengan kritikan yang diterima sepanjang minggu ini kerana apa yang lebih penting buat pemain adalah fokus untuk memberi seratus pe­ratus pada aksi bertemu Barcelona.

“Ia adalah peluang buat pasukan menunjukkan kredibilti bahawa saingan musim ini masih boleh di­selamatkan. Namun, Barcelona bukanlah calang-calang pasukan dan barisan pemain perlu kekal tenang dengan setiap tekanan yang bakal diharungi pada aksi tersebut,” katanya.

Difahamkan, Ramos yang juga ketua pasukan dijangka kembali menguatkan benteng pertahanan Real selepas menjalani latihan sejak awal minggu ini tetapi peluangnya bergantung kepada tahap kecergasan yang akan dinilai semula pada hari ini.

Jika Ramos tidak dapat beraksi, kemungkinan besar Zidane akan mempertaruhkan Eder Militao dan Raphael Va­rane di posisi pertahanan te­ngah dalam usaha mengekang kelibat penyerang berbisa Barcelona, Lionel Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI