fbpx

Pekerja kilang maut tersepit mesin pengangkut batu-bata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Teh Boon Heng yang maut akibat tersepit mesin pengangkut batu-bata di sebuah kilang di Jalan Jalong Tinggi di Sungai Siput hari ini. FOTO Ihsan JBPM.

SUNGAI SIPUT – Seorang pekerja kilang maut selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit antara dua mesin pengangkut batu-bata di sebuah kilang di Jalan Jalong Tinggi di sini hari ini.

Mangsa, Teh Boon Heng, 47, yang parah di beberapa bahagian badan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan batu-bata.

Katanya, mangsa terperangkap antara dua mesin berkenaan hingga menyebabkannya tersepit.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku akibat kecuaian ketika menjalankan kerja.

“Polis telah memanggil beberapa rakan sekerja dan pengurusan syarikat untuk diambil keterangan. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian pada pukul 4.07 petang.

Katanya, setibanya di sana, mangsa yang tersepit telah pun dikeluarkan oleh pekerja kilang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Anggota membantu mengangkat mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.45 petang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI