fbpx

Noor Hisham ingatkan rakyat bersatu perangi Covid-19, bukan bertelagah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu bersatu hati dalam memerangi wabak Covid-19 bukan bertelagah antara satu sama lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan tidak mengulangi lagi.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24 jam, tujuh hari seminggu dalam tempoh 10 bulan sebelum ini.

“Mereka keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Noor Hisham sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

Beliau juga meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan Covid-19 di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi Covid-19.

“Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI