fbpx

MPK pasang CCTV pantau sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fadzli (dua dari kiri)bersama pegawainya melihat lokasi pembuangan sampah haram yang ditunjukkan Muhd.Ali (kiri) di Jalan Kebun Nenas di sini hari ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) akan dipasang dalam memantau pembuangan sampah haram sepanjang dua kilometer di Jalan Kebun Nenas di sini.

Hasil tinjauan mendapati antara sampah yang dibuang termasuk almari, katil, tilam, siling dan lain-lain memenuhi sepanjang jalan tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, tindakan proaktif dalam mengesan dan mengerunkan pelakunya seterusnya membersihkan kawasan tersebut daripada sampah.

Katanya, pembuangan sampah haram itu didapati telah menimbulkan bau kepada penduduk di sekitar Taman Sentosa.

“Sampah haram di sini telah dibersihkan pada bulan Jun namun didapati kejadian itu terus berlaku sehingga kini.

“Kita akan memasang CCTV dan membuat rondaan serta tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau lokasi pembuangan sampah haram tersebut bersama pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan) hari ini.

Turut hadir Pengerusi 99 Kesan, Muhd. Ali Zakariah.

Fadzli menegaskan, tindakan pembersihan akan dijalankan segera dan kawasan ini dipasang tali pita bagi menghalang aktiviti pembuangan sampah haram berterusan.

Sementara itu, Muhd.Ali berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan terhadap pihak MPK yang bertindak turun padang di kawasan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita berharap para pelakunya akan sedar bahawa pembuangan sampah haram ini menyusahkan orang ramai selain menunjukkan mentaliti yang rendah berbanding duduk di negeri maju seperti Selangor,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI