fbpx

Luqman cipta sejarah di bumi Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman menanti di tepi padang untuk dimasukkan sebagai pemain gantian Kortrijk ketika menentang Anderlecht sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Penantian seluruh rakyat menyaksikan kelibat Luqman Hakim Shamsudin beraksi dalam kancah Liga Jupiler Belgium akhirnya menjadi kenyataan.

Penyerang muda negara itu membuat debut pertamanya dalam saingan liga utama Belgium tersebut bersama kelabnya, KV Kortrijk dalam kekalahan 1-3 kepada RSC Anderlecht di Stadium Guldensporen sebentar tadi.

Luqman, 18, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Peter Golubovic pada minit ke-74 ketika Kortrijk sedang ketinggalan 0-3 kepada Anderlecht

Tiga gol skuad kendalian legenda Manchester City, Vincent Kompany itu diperoleh menerusi dua jaringan Lukas Nmecha dan satu daripada Percy Tau.

Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan Luqman meskipun Kortrijk berjaya meraih satu gol selepas Ilombe Boyo menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan.

Meskipun sekadar beraksi selama 16 minit, namun ia adalah satu pengalaman cukup berharga buat Luqman yang kini mencatat sejarah sebagai pemain pertama dari Malaysia beraksi dalam saingan liga tertinggi di benua Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI