fbpx

Lelaki Singapura cuba beri rasuah RM100 dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Singapura ditahan selepas disyaki cuba memberi rasuah RM100 kepada seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sini petang hari ini.

Suspek berusia 43 tahun telah ditahan pada pukul 3.50 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pengarah di sebuah syarikat swasta itu telah memberi wang rasuah sebagai balasan untuk membenarkannya memasuki semula ke negara ini dengan menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tanpa perlu melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di Singapura.

Program RGL ialah program yang membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi bagi kedua-dua negara.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI