Oleh NUR ANATI JUHARI
JITRA – Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Korok di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.36 petang tadi.
Kata beliau, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Arizal Amir Hamzah bergegas ke lokasi untuk operasi mencari mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut.
“Pencarian di permukaan air sedang dilakukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan sebuah bot,” katanya hari ini.
Tambahnya, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan. – K! ONLINE