fbpx

Kerajaan digesa tangani Covid-19 dengan fokus, berperlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – Kerajaan diseru agar menangani krisis membabitkan Covid-19 dengan fokus, berperlembagaan dan mempergiatkan segala usaha mendidik masyarakat berasaskan sains dan data.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pandemik itu hanya akan dapat diatasi dengan pendekatan saintifik, pemulihan ekonomi dan kepatuhan kepada Perlembagaan.

“Sesuatu yang membelakangkan sains, menjejaskan ekonomi dan memencilkan peranan Perlembagaan akan meletakkan negara dan rakyat Malaysia dalam keadaan yang lebih sulit dan memburukkan lagi keadaan.

“Tanganilah krisis ini dengan mempertahankan Perlembagaan, membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam serta mengutamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesususahan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI