fbpx

Hafizh bakal kekal bersaing pada Moto2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berkemungkinan kekal bersaing pada MotoGP dalam kelas Moto2 selepas sebuah pasukan bersedia mendapatkan khidmat pelumba berusia 26 tahun tersebut.

DILEMA pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah berhubung kariernya dalam saingan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) kelas Moto2 pada musim 2021 bakal terjawab selepas sebuah pasukan bersedia mendapatkan ­khidmat pelumba berusia 26 tahun tersebut.

Pengurusnya, Razmin ­Masli Abdul Razak mendedahkan perbincangan mengenai hala tuju karier Hafizh kini sudah memasuki fasa akhir selepas pasukan, Aspar Team tidak menyambung kontraknya.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini adalah terdapat perbincangan dan ia sudah memasuki fasa akhir, bila semuanya sudah pasti kami akan memaklumkan kepada semua mengenai pasukan baharu Hafizh nanti.

“Sebelum ini, kita telah me­lakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkan karier Hafizh dan turut melakukan beberapa usaha dari luar pasukan MotoGP. Namun tiada sebarang perkembangan lanjut.

“Matlamat saya ketika ini adalah ingin memastikan Hafizh kekal beraksi dalam saingan Moto2. Insya-Allah, sedikit masa lagi kita akan umumkan,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Kosmo! Melaporkan bahawa pasukan Moto2 dari Belanda, NTS RW Racing GP mungkin menjadi salah satu pa­sukan penyelamat karier Hafizh musim depan.
Pasukan itu berkemungkinan besar sedang mengadakan rundingan bagi mendapatkan khidmat Hafizh memandangkan mereka antara pasukan yang belum mengumumkan senarai pelumba setakat ini.

Terdahulu, Aspar Team telah melengkapkan barisan pelumbanya musim depan menyebabkan hala tuju pelumba 26 tahun itu menjadi persoalan.
Pendahulu kelas Moto3 musim ini, Albert Arenas telah diangkat oleh pasukan ke kelas Moto2 musim depan bersama rakan senegaranya, Aron Canet dalam Aspar Team.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI