fbpx

Cavani bersedia tewaskan Thiago

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI akui sudah tidak sabar untuk membuat penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris dan berharap dapat diturunkan pada aksi menentang Chelsea. – AFP

MANCHESTER – Penyerang baharu Manchester United, Edinson Cavani tanpa berselindung mengakui sudah tidak sabar untuk bertemu Chelsea pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Old Trafford awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Uruguay itu teruja untuk berdepan pemain pertahanan The Blues yang juga bekas rakan sepasukannya ketika beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva.

Cavani yang sudah lama tidak beraksi menegaskan, sekiranya diturunkan pada perlawanan awal pagi esok, dia tidak akan berdepan laluan mudah sekiranya Thiago mengemudi benteng pertahanan Chelsea.

“Sesuatu yang sangat hebat sekiranya saya dapat berjumpa dengannya pada perlawanan itu nanti. Thiago seorang pemain yang sangat profesional kerana sentiasa bekerja keras dalam sesi latihan.

“Saya percaya kami tidak akan berdepan tugas mudah pada perlawanan tersebut jika mereka menurunkan Thiago. Saya tahu kerana sudah lama beraksi bersama,” ujar Cavani.

Katanya lagi, dia menjangkakan aksi menarik bakal disajikan kedua-dua pasukan pada perlawanan itu nanti berdasarkan corak permainan serta barisan pemain yang dimiliki.

“Saya tahu ia akan menjadi pengalaman baharu buat saya, lebih-lebih lagi perlu berdepan bekas rakan sepasukan. Apa yang pasti, perlawanan itu menjanjikan aksi menarik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI