PETALING JAYA – Anakanda ketujuh baginda Sultan Brunei, iaitu Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim,38, telah mangkat pada pukul 10.08 pagi tadi.
Pengumuman kemangkatan itu dibuat secara langsung melalui televisyen negara Brunei hari ini.
Pengumuman itu menyebut, ““Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi”.
Pengumuman itu turut menyebut jenazah almarhum akan dimakamkan selepas solat Asar waktu Brunei di Makam Diraja hari ini. -, K! ONLINE