fbpx

Aaron tidak peduli digelar pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan pasangannya, Wooi Yik dianggap antara permata baharu sukan badminton negara apabila pernah menjadi naib juara kejohanan Seluruh England pada tahun lalu.

PEMAIN badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia menegaskan, keadaan bentuk badan serta fizikal bukan satu-satunya faktor yang menjamin kejayaan setiap pemain dalam sukan tersebut.

Meskipun sedar dengan kata-kata yang mendakwa kekurangannya dari segi ketinggian banyak menjejaskan permainan, namun Aaron percaya masih memiliki banyak kelebihan dalam aspek lain.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, memandangkan tidak memiliki kelebihan dari segi fizikal, maka dia memberi tumpuan terhadap teknik lain seperti smash dan taktikal permainan.

“Saya sering dengar orang cakap saya tidak ada masa depan dalam badminton di­sebabkan saya kurang tinggi. Bagaimanapun, saya ambil positif kata-kata itu bagi mengeluarkan bakat yang terpendam.

“Bagi saya, sukan badminton memerlukan latihan keras, di­siplin serta kemahuan. Kita tidak boleh ubah bentuk fizikal, jadi saya fokus untuk terus mengasah senjata utama saya iaitu jumping smash,” tegas Aaron.

Sebagai rekod, Aaron dan gandingannya, Soh Wooi Yik dianggap antara permata baharu sukan badminton negara apabila pernah menjadi naib juara kejohanan Seluruh England (All England) tahun lalu.

Sebelum ini, Aaron pernah menyuarakan hasratnya untuk membawa pulang kilauan pi­ngat emas pada temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung Julai tahun depan.

Justeru, pemain yang memiliki ketinggian 1.68 meter itu sedia untuk memberikan segala-galanya bagi memastikan impian untuk menjadi pemenang pingat emas Olimpik pertama negara menjadi kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI