fbpx

585 individu ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 585 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 569 individu telah dikompaun, 13 individu direman dan tiga orang telah dijamin.

“Kesalahan ingkar PKPP yang telah dikesan adalah tidak memakai pelitup muka 224 kes, penjarakan fizikal (199), gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri (96) dan lain-lain kesalahan (66).

“Pasukan Task Force juga turut membuat 54,804 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP antaranya di restoran, pasar raya, kilang, pasar awam dan pasar tani,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, melalui Op Benteng pula, pihaknya telah berjaya menahan 27 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lapan buah kenderaan semalam.

“Sebanyak 297 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng turut dilakukan di seluruh negara melibatkan Polis Diraja Malaysia sebanyak 223 SJR, Angkatan Tentera Malaysia (65), dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) sembilan.

“Pada waktu ini, OP Benteng lebih memfokuskan kepada pendekatan pengusiran terhadap PATI berbanding tangkapan,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI