fbpx

36 kawasan di Klang disanitasi MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota MPK melakukan semburan sanitasi di kawasan premis perniagaan di sekitar Taman Bayu Perdana, Klang, hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menjalankan operasi sanitasi terhadap 36 kawasan di seluruh daerah ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Operasi nyah kuman bermula sejak 29 September lalu itu meliputi bangunan kerajaan, sekolah, pasar, premis perniagaan dan taman perumahan.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pelaksanaan itu inisiatif pihaknya membersihkan kawasan di daerah ini yang masih dikategorikan Zon Merah Covid-19.

“Kesemua 36 lokasi itu melibatkan mukim Klang dan Kapar yang dikenalpasti mencatatkan kes pandemik selain lokasi tumpuan umum.

“Operasi sanitasi secara harian itu turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas operasi itu di Taman Bayu Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Azmi Muji dan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Hussin Ab. Rahman.

Tambah Ahmad Fadzli, pihaknya akan menjalankan operasi itu secara berterusan mengikut keperluan dan situasi terkini kes Covid-19.

“Kita berharap usaha seumpama itu dapat menurunkan jumlah kes sedia ada sekali gus menjadikan daerah ini sebagai Zon Hijau.

“Operasi di setiap lokasi yang sudah disanitasi sebelum ini turut akan diteruskan mengikut keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, MPK turut memberi taklimat dan demonstrasi kaedah sanitasi di premis kediaman dan perniagaan secara kendiri.

“Selain memupuk kesedaran masyarakat mengenai bahaya Covid-19, inisiatif itu mendidik mereka menjalani kehidupan dengan mengamalkan norma baharu yang positif.

“Sesi taklimat itu melibat ketua-ketua kampung, agensi kerajaan, premis perniagaan dan institusi pendidikan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI