fbpx

149 burung kenari lebih RM72,000 dirampas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara burung kenari yang dirampas Maqis di KLIA, Rabu lalu.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 149 burung kenari spesies Serinus Canaria kerana tidak mempunyai permit import di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Tarmisal Alimin berkata, hasil pemeriksaan mendapat burung kenari yang cuba dibawa masuk dari Belanda itu dianggarkan bernilai RM72,431.88.

“Perbuatan mengimport haiwan hidup tanpa permit import ditetapkan Maqis adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728].

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-keduanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas dagangan keluaran pertanian yang diimport di setiap pintu masuk negara.

“Ini bagi memastikan haiwan dan keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bebas daripada penyakit dan ancaman perosak serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI