fbpx

Zidane belum sedia mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTENG pertahanan Real gagal menahan asakan Shakhtar apabila mereka terpaksa akur dengan kekalahan 2-3 kepada Shakhtar Donetsk awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane masih enggan mengibarkan bendera putih selepas pasukannya tewas mengejut pada aksi pembukaan Kumpulan B kepada Shakhtar Donetsk 2-3 dalam aksi di Stadium­ Alfredo De Stefano awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut buat pasukan The Galacticos di laman sendiri selepas turut dikejutkan oleh pendatang baharu Liga Sepanyol, Cadiz de­ngan kekalahan 0-1 minggu lalu.

Keputusan itu juga memberikan tekanan tambahan buat Zidane dalam merencanakan perancangan terbaik menjelang aksi penting La Liga menentang Barcelona dalam pertembungan El Clasico pada awal pagi esok.

Kata Zidane, masih ada ruang untuk diperbaiki oleh pasukan­nya dan barisan pemain juga sedar dengan tekanan yang ada ketika ini selepas rentetan keputusan negatif yang dicatatkan.

“Saya tidak mahu menjadikan keputusan yang kami raih ketika ini sebagai alasan untuk me­ngalah kerana masih ada peluang serta ruang yang boleh diperbaiki­ memandangkan saingan baru di peringkat awal musim.

“Barisan pemain juga perlu kekal positif selain berusaha untuk elakkan kesilapan mudah yang dilakukan seperti dua perlawanan lepas. Saya tahu mereka hilang keyakinan tetapi selepas ini kami akan bertemu Barcelona dan mereka harus kembali fokus.

“Mengenai perlawanan, apa yang saya boleh puji adalah usaha­ pemain untuk kembali bangkit selepas ketinggalan 0-3 dan mereka berjaya meraih dua gol, namun tidak bernasib baik untuk meraih sekurang-kurangnya keputusan seri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI