fbpx

Perisytiharan darurat curangi demokrasi, pentingkan diri- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR- Khabar angin mengenai perisytiharan darurat yang bertiup kencang hari ini turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kebimbangan beliau mengenai tindakan tersebut.

Katanya, darurat hanya diisytiharkan sekiranya ada ancaman terhadap keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa beliau tidak mempunyai keabsahan itu gagal menunjukkan sokongan majoriti di Parlimen, dan menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk menghalalkan penyalahgunaan kuasa.

Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu, dengan mengisytiharkan darurat, kerajaan PN menunjukkan ketidakcekapan dalam mengurus krisis Covid-19 dan krisis ekonomi.

“Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.

“Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” katanya  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI