fbpx

Pengorbanan KIP tidak dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL IDHAM (depan) kehilangan tempat dalam saingan Moto3 musim depan apabila posisinya digantikan oleh Darryn Binder.

“APAKAH maknanya pengorbanan Khairul Idham memotong jari kelingkingnya kalau bukan untuk pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) dan Malaysia.”

Demikian luah bapa kepada pelumba negara itu, Pawi Omar selepas anaknya digugurkan da­ripada perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bermula musim depan.

Pawi menjelaskan, sepatutnya pasukan Petronas SRT menjadi medan terbaik buat pelumba-pelumba muda negara melebarkan sayap mereka, namun pengguguran tersebut melenyapkan harapan dan semangat pelumba negara untuk melangkah ke pentas dunia.

Jelasnya, dua kemenangan pada tahun 2016 dan pengorbanan Khairul Idham membuang jari kelingking baru-baru ini untuk kembali bangkit seakan-akan tidak bernilai selepas disingkirkan.

“Seperti yang kita semua maklum bahawa pelumba Moto3, Khairul Idham telah digugurkan oleh Datuk Razlan Razali dari pasukan Petronas SRT baru-baru ini.

“Keputusan tersebut mengundang pelbagai reaksi yang bercampur baur, ada yang suka dan lebih banyak yang mengecam serta tidak setuju dengan pengguguran Super KIP daripada pasukan Petronas SRT.

“Tindakan yang diambil telah merosakkan kepercayaan peminat sukan permotoran di negara ini terhadap pasukan Petronas SRT sebagai tempat para pelumba tempatan untuk meneruskan cita-cita mereka.

“Super KIP yang sebelum ini pernah mengharumkan nama Malaysia sebanyak dua kali pun disingkirkan dengan mudah tanpa dapat membela diri. Jadi, apa jaminan kepada pelumba pelumba Malaysia yang lain.

“Adalah amat penting bagi pelumba-pelumba Malaysia menjadikan pasukan Petronas SRT sebagai tempat untuk mereka menyambung kerjaya dan cita-cita mereka untuk mengharumkan nama Malaysia serta bersaing di peringkat tertinggi.

“Amat menyedihkan apabila segala pengorbanan yang dilakukan bagai tiada bermakna. Tidak ada maknanya pengorbanan Khairul Idham memotong jari keling­kingnya sebelum ini kalau bukan untuk pasukan Petronas SRT dan negara Malaysia,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, tempat KIP dalam saingan Moto3 akan digantikan dengan Darryn Binder, pelumba dari Afrika Selatan yang akan bergandingan bersama John McPhee yang telah melanjutkan kontrak semusim lagi pada tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI