fbpx

Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pagi ini bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri kabinet di sini, hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra bagi mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet, pagi ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki pintu utama Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 8.57 pagi.

Difahamkan, Perdana Menteri dijadual mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pada pukul 9.30 pagi, hari ini.

Hampir kesemua menteri dan timbalan menteri Kabinet turut dilihat memasuki bangunan sama bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kebanyakan menteri yang ditemui membisu sebaik ditanya media tujuan mesyuarat khas itu diadakan.

Antara yang dilihat hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohammad Al Bakri.

Selain itu, beberapa menteri lain turut hadir termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairudin Aman Razali serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semalam, beberapa agensi media melaporkan terdapat desus desus mengaitkan mesyuarat khas hari ini dengan rombakan Kabinet.

Bagaimanapun, difahamkan Mesyuarat Khas tersebut dijangka membincangkan situasi terkini penularan wabak Covid-19 serta usaha mengekang wabak berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI