fbpx

Lelaki ditemui lemas dalam perigi tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemukan lemas di dalam perigi tepi rumahnya di Kampung Kerayong di Bera Pahang hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BERA – Seorang lelaki yang tinggal seorang diri ditemukan lemas dalam perigi di sebelah rumahnya di Kampung Kerayong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, mangsa Tan Chee Kong, 63, yang tinggal berasingan dengan isteri dan dua anaknya ditemukan terapung di dalam perigi pukul 7.30 pagi.

“Berdasarkan siasatan pada pukul 5.30 pagi jiran bersebelahan rumah mangsa menyatakan terdengar mangsa bising-bising di luar rumah sebelum ditemukan di dalam perigi di tepi rumah oleh isterinya.

“Mangsa dipercayai mengalihkan dua keping papan di atas perigi dan terjun ke dalam perigi yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mansor, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan asal tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang ditemukan dalam keadaan terapung dalam perigi berkenaan.

“Mangsa tinggal bersendirian manakala isteri dan dua anaknya tinggal berasingan.

“Semakan rekod perubatan mendapati mangsa mempunyai rekod masalah mental lebih kurang lima tahun dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI